Selasa, 13 Oktober 2009

Gis dan Remote Sensing

Peranan dan kelebihan Remote Sensing dalam kajian geografi persekitaran.
Oleh: Mohamad B.Abdul Karim

Pengenalan

Remote Sensing merupakan terjemahan dari istilah penginderaan jauh.
Mengikut Lillesand dan Kiefer (1998), Remote Sensing adalah ilmu dan seni untuk memperoleh informasi tentang suatu objek, daerah, atau fenomena melalui analisis data yang diperoleh dengan suatu alat tanpa kontak langsung dengan objek, daerah, atau fenomena yang dikaji.

PENGGUNAAN REMOTE SENSING
Dibincangkan dalam bidang-bidang berikut:
• Pertanian dan perhutanan
• Geologi
• Sumber air
• Kajicuaca
• Pemetaan
• Perancangan Bandar
• Perikanan


a. Pertanian dan Perhutanan
(i) Remote Sensing untuk pertanian dan perhutanan
boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:
- Pengenalpastian dan perhitungan kawasan terlibat.
- Anggaran hasil pengeluaran.
- Pengawasan penyakit.
- Analisa bencana alam.
Dapat menerima dan mengolah data dari pelbagai satelit yang diorbitkan dari bumi.
Mampu mengolah (menginterpretasi, mengoreksi, dan menyajikan) data dari satelit agar dapat digunakan untuk membantu pembangunan.
Banyak kegunaan hasil pemotretan bumi dari satelit merupakan perkembangan dari pengukuran permukaan bumi dengan alat ukur tanah yang dikembangkan dengan foto udara dan kemudian dengan satelit.

(ii) Identifikasi dan inventori kawasan pertanian dan perhutanan
• Kebolehan satelit Remote Sensing dalam mengumpul maklumat-maklumat yang ada di permukaan bumi secara lengkap dan luas.
• Peta tematik yang menggambarkan jenis-jenis kawasan pertanian atau perhutanan dan statistik keluasannya dapat dihasilkan.
• Sebarang pertambahan atau perubahan pada maklumat-makluamat di kawasan pertanian dan perhutanan dapat dinilai dari semasa ke semasa dengan penggunaan data satelit kawasan yang sama tetapi berbeza tarikhnya.

Ketepatan yang diperolehi dengan kaedah Remote Sensing bagi menganalisa kawasan pertanian dan perhutanan dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

• Keadaan semasa pengambilan data satelit
• Ciri-ciri kawasan pertanian atau perhutanan
• Keadaan alam sekitar
• Keadaan pengurusan kawasan pertanian atau perhutanan

(iii) Anggapan Terhadap Hasil Pengeluaran
Faktor masa dan kos yang digunakan melalui kaedah Remote Sensing bagi membuat anggaran hasil pengeluaran sesuatu jenis pertanian dan perhutanan dianggap ekonomi jika dibandingkan dengan kaedah pengukuran yang dilakukan sepenuhnya di lapangan.

(iv) Penentuan Dan Pengawasan Kepada Penyakit Tumbuh-Tumbuhan
Dengan menggunakan data satelit Remote Sensing, pembalikan spektrum bagi tumbuh-tumbuhan yang mengalami penyakit sama ada disebabkan oleh bakteria atau binatang perosak boleh didapati berbeza jika dibandingkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau segar.

(v) Analisis Kawasan Pertanian atau Perhutanan Yang Mengalami Kerosakan Kerana Bencana Alam.
Data satelit Remote Sensing berteraian tinggi boleh digunakan bagi membuat penganalisaan kerosakan kawasan pertanian dan perhutanan yang disebabkan oleh bencana alam.

b. Geologi

• Data satelit Remote Sensing boleh membantu ahli-ahli geologi dalam perkara-perkara berikut iaitu menghasilkan peta geologi, menentulan kawasan gelinciran tanah, keretakan dan analisis butiran linar, kajian bahan-bahan galian dan menentukan bahan-bahan binaan bagi jalan dan bangunan.

(i) Kajian Secara Geobotani
• Dengan kajian ini analisis terhadap tenaga elektromagnetik yang dibalikan oleh tumbuh-tumbuhan dapat memberikan gambaran unsur-unsur geologi untuk dikenalpasti.


(ii) Kadar Hakisan
• Kajian terhadap kadar hakisan dapat dijalankan melalui analisis secara ruangan.

(iii) Bentuk Struktur Butiran Geologi
• Bagi menentukan bentuk dataran benua dan lautan yang luas, di mana ukuran saiznya melebihi 1000 km, data satelit yang sesuai digunakan adalah dari satelit NOAA dan Meteosat.


c. Sumber Air
• Pengurusan terhadap sumber air merangkumi aspek yang luas seperti hidrologi, pencemaran air dan kaitan antara hidrologi dengan keadaan alam sekitar.

(i) Butiran Air Di Permukaan Bumi
• Inventori lokasi bagi kawasan empangan, tasik dan kolam air dapat ditentukan dengan mudah melalui analisa imej satelit sama ada satelit Landsat atau SPOT.
• Menggambarkan corak saliran air; corak saliran air dan kandungannya pada kawasan pertanian dapat digambarkan dengan jelas oleh satelit SPOT berbanding dengan gambaran yang ditunjukkan oleh peta berskala kecil.
• Pengawasan terhadap persisiran pantai atau sungai.

(ii) Butiran Terapung Di Permukaan Air
• Data satelit HCMM dan Meteosat boleh digunakan untuk mengesan kawasan tumpahan minyak yang luas melalui jalur terma inframerah.

d. Kaji Cuaca
• Maklumat-maklumat kaji cuaca dapat diperoleh dari satelit Meteosat.

• Satelit ini mempunyai ketinggian 36,000 km di atas satah khatulistiwa. Oleh itu, ia boleh memberikan gambaran yang luas dan lengkap mengenai bentuk permukaan bumi pada masa 30 minit.
e. Pemetaan
• Dengan adanya data satelit leraian tinggi dari SPOT yang boleh menggambarkan semua butiran permukaan bumi dengan jelas, lengkap dan tepat.
• Banyak butiran-butiran seperti jalan, kawasan pertanian, kawasan perhutanan, sistem perairan boleh dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan.

f. Perancangan Bandar
• Penggunaan Remote Sensing dalam merancang sesuatu Bandar boleh membantu pihak perancang mendapatkan maklumat-maklumat seperti perihal tanah.
• Sumber air dari segi pengurusan dan perangkaan, keupayaan sistem pengairan serta pengawasan tapak pembinaan juga adalah maklumat-maklumat penting daripada penggunaan Remote Sensing dalam perancangan Bandar.

g. Perikanan
• Dapat membantu nelayan dalam meningkatkan hasil tangkapan.
• Kebanyakan ikan sasaran tangkap yang dapat ditangkap dengan menggunakan alat bantu penginderaan jarak jauh, adalah jenis ikan yang banyak dipengaruhi oleh kondisi cuaca dan setiap musimnya sering didapati di kawasan laut yang temperatur permukaannya bervariasi.

PEMANFAATAN PENGINDERAAN JAUH

BIDANG KEHUTANAN
• Bidang kehutanan berkenaan dengan pengelolaan hutan untuk kayu termasuk perencanaan pengambilan hasil kayu, pemantauan penebangan dan penghutanan kembali, pengelolaan dan pencacahan margasatwa, inventarisasi dan pemantauan sumber daya hutan, rekreasi, dan pengawasan kebakaran.

BIDANG PENGGUNAAN LAHAN
• Dasar penggunaan lahan dapat dikembangkan untuk pelbagai kepentingan penelitian, perencanaan, dan pengembangan wilayah.
• Contohnya penggunaan lahan untuk usaha pertanian atau budi daya permukiman.

BIDANG PEMBUATAN PETA
• Peta citra merupakan citra yang telah bereferensi geografis sehingga dapat dianggap sebagai peta.
• Informasi spasial yang disajikan dalam peta citra merupakan data raster yang bersumber dari hasil perekaman citra satelit sumber alam secara kontinu.

BIDANG METEOROLOGI (METEOSAT,TIROS, DAN NOAA)
• Untuk mengamati iklim suatu daerah melalui pengamatan tingkat perawanan dan kandungan air dalam udara.

BIDANG OSEANOGRAFI (SEASAT)
• Untuk mengamati sifat fizik laut, seperti suhu permukaan, arus permukaan, dan salinitas sinar tampak (0-200 m).

BIDANG HIDROLOGI (LANDSAT/ERS, SPOT)

• Sebagai pemantauan daerah aliran sungai dan konservasi sungai.
• Ia juga bermanfaat untuk pemetaan sungai dan studi sedimentasi sungai dengan pemantauan luas daerah intensitas banjir.

BIDANG GEOFISIKA BUMI PADAT, GEOLOGI, GEODESI, DAN LINGKUNGAN (LANDSAT, GEOSAT)
• Untuk melakukan pemetaan permukaan, di samping pemotretan dengan pesawat terbang dan menggunakan aplikasi GIS.
• Memberi bantuan dengan menentukan struktur geologi dan macam batuan.
• Melakukan pemantauan daerah bencana, pemantauan distribusi sumber daya alam, pemantauan pencemaran laut dan lapisan minyak di laut serta melakukan pemantauan pencemaran udara dan pencemaran laut. .

KESIMPULAN
• Remote Sensing merupakan suatu ilmu atau teknologi untuk memperoleh informasi atau fenomena alam melalui analisis suatu data yang diperoleh dari hasil rekaman, daerah atau fenomena yang dikaji.
• Aplikasi satelit telah mampu memberikan data dan informasi tentang sumberdaya alam, dataran dan sumberdaya alam kelautan secara teratur dan sistematik.
• Aplikasi Remote Sensing banyak digunakan untuk tujuan seperti peringatan dini, mitigasi, pemantauan, mempelajari bencana alam & komersial serta bidang pertanian secara luasnya.